Sunday 7 February 2016

Pengiraan Ar Rahnu

Pengiraan Arrahnu.

Ramai yang bertanya bagaimana pengiraan emas pajakan di Arrahnu.

Suka sy nak kongsikan bersama semua..

CONTOH pengiraan mudah :

Berat Barang Kemas 916,
22.0 Karat = 10.33g

Harga Emas Semasa (12/8/15)
= RM160

Nilai Marhun ( Jumlah Harga Barang Kemas 10gram ) =
RM160 x 10.33g = RM1652.80

Nilai Pinjaman = 70% daripada Nilai Marhun

RM1652.80 x 70% = RM1156.96

Maka kita layak menerima pinjaman dari arrahnu sebanyak = RM1156.96

Cara pengiraan Upah simpan
Nilai Marhun x 0.85%

RM1652.80 x 0.85% = RM14.05 sebulan

Tempoh pinjaman selama 6 bulan

Total pembayaran balik selepas 6 bulan

RM1156.96 + [ RM14.05 x 6bulan ]
= RM1241.26

Cara Pembayaran =
Blh dilakukan secara ansuran selama 6 bulan , atau dibayar sekali gus beserta upah simpan pada tarikh matang surat tersebut.

Di ingatkan;

✅ % nilai upah simpan adalah berbeza bg setiap arrahnu. Maka di galakkn kita bertanya berapa kos upah simpan yg akn di caj kpd kita.

✅ % nilai pinjaman juga berbeza di setiap arrahnu. Maka di galakkan kita bertanya berapa % nilai pijaman yg ditawarkan kpd kita.

✅ Minima tempoh pinjaman adalah 6 bulan. Selepas tempoh 6 bulan, if kita tak mampu utk tebus semula emas tu, kita blh minta pegawai arrahnu utk tukar surat baru utk tambah lagi tempoh pinjaman, dengan syarat kita perlu langsaikan upah simpan terlebih dahulu.

Semoga ilmu ni bermanfaat.

www.azdaljutawanpowergold.com

No comments:

Post a Comment