Wednesday 10 February 2016

Nilai Wang Semakin Susut?????

Nilai wang semakin menyusut Nilai emas semakin naik
Kita semua sedia maklum, duit kertas adalah kertas. secara fizikalnya nilainya adalah kertas. Nilainya fizikalnya hanyalah helaian kertas yang bercetak. Duit kertas dijadikan mata wang dan diberikan nilai oleh Bank Negara untuk urusan jual beli. Nilai duit ini boleh ditarik pada bila-bila masa oleh bank dan pemerintah jika dirasakan perlu. Jika anda masih lagi ingat akan kisah duit syiling seringgit yang pernah ditarik penggunaannya di pasaran pada suatu masa dahulu anda akan faham maksud saya. Ingat lagikah anda terhadap duit syiling RM1 keemasan yang pernah menjadi syiling kebanggaan Malaysia dulu? Tahukah anda jika anda masih lagi menyimpan duit syiling tersebut pada masa sekarang syiling tersebut tidak lagi diterima? cubalah anda ke kedai-kedai yang berdekatan dan hulurkan pada mereka, adakah anda rasa duit syiling anda diterima? sudah semestinya tidak! kerana syiling RM1 tersebut sudah tidak bernilai lagi pada ketika ini.

No comments:

Post a Comment