Saturday, 23 May 2015

1Gram 1Bulan & 1Keluarga

KOTA KINABALU - Kaum wanita hari ini disaran melabur dan berniaga dalam bidang berkaitan emas memandangkan keuntungan yang diperolehi daripadanya adalah terjamin.

Berucap menyempurnakan program seminar keusahawanan emas, Power Gold 2015 di sini hari ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, ini selaras dengan kempen Power Gold 'satu gram, satu bulan, satu keluarga'.
   
Ia merupakan cara terbaik untuk menyimpan, kata beliau. 
   
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas program itu, Jainab optimis Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare) mampu melonjakkan ekonomi golongan wanita termasuk ibu tunggal di Sabah.
   
Beliau berkata, perkhidmatan penjagaan MamaCare jika dilakukan secara serius sebagai kerjaya boleh menguntungkan ekoran pendapatan tinggi yang mampu dijana.
   
Menurutnya, usahawan wanita yang menceburi perniagaan MamaCare di Sabah terutamanya Kota Kinabalu masih berkurangan.
   
"Sekarang ini di Kota Kinabalu susah untuk mencari tukang urut (untuk ibu bersalin). Pada hal ini merupakan peluang menjana pendapatan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment