Tuesday 14 April 2015

KONSEP PEMBERIAN BONUS DALAM POWERGOLD

Pemberian bonus perlu dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya:

1⃣ Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2⃣ Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3⃣ Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat Powergold.biz adalah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh ahli/stokis dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang diberikan dinyatakan dengan pasti oleh pihak syarikat kepada semua ahli/stokis melalui seminar/perkongsian ilmu antara sesama ahli dan ia menepati syarat yang kedua di atas.

No comments:

Post a Comment