Sunday 19 April 2015

Keistimewaan Spread Emas Powergold

Apa itu SPREAD Jual Beli Emas?
Kalau nak melabur dalam emas dan perak, maka hendaklah fahami konsep spread price. Rasanya konsep ini sangat mudah, kerana ia melibatkan pengiraan matematik yang amat mudah. Apa yang saya fahami ialah spread price ialah peratus (%) beza antara harga yang kita beli dan kita mahu jual semula. Contohnya jika kita beli dengan harga RM1.00, jika kita mahu jual semula pada hari yang sama dan waktu yang sama,  syarikat penjual emas tidak mungkin akan membeli dengan kita pada harga RM1.00, bahkan membeli pada harga yang lebih rendah iaitu contohnya RM0.90. Maka peratus beza harga itulah yang dinamakan spread price. Jika syarikat beli pada harga sama, maka mereka akan lingkup kerana tidak boleh menjana keuntungan
Nilai spread hanya diketahui apabila kita mengetahui berapakah harga jualan dan harga belian sesuatu syarikat. Walaubagaimana pun kebanyakan kedai emas hanya mempamerkan harga jualan emas mereka dan jarang sekali mereka mempamerkan kedua-dua harga jualan dan belian bagi sesuatu tarikh/masa kecuali jika kita rajin bertanya kepada taukey dan tuan punya kedai.
Contoh kiraan spread Goldbar 1 Gram Powergold
Spread Harga 1 Gram
Harga Ahli = RM 149.00 --> Harga Ahli Beli Goldbar 1 Gram
Harga PG buy back = RM 137.00 --> Harga Powergold beli balik Goldbar 1 Gram
Kadar Spread = Harga "Harga Ahli" - Harga "Harga PG buy back"
Spread = RM 149.00 - RM 137.00 = RM 12
Peratus Kadar Spread = (Kadar Spread bahagi Harga "Harga Ahli") x 100
Peratus Kadar Spread = (RM 12 / RM 149) x 100 = 8%
P/s : Kalau ikutkan harga hari ni spread Goldbar 1 gram tak sampai 8% sebab kos sebenar ahli RM148 sahaja, RM1 di bayar dalam bonus repurchase, jadi kadar beza jual beli sebenar adalah RM11 bahagi RM148 x 100 = 7.4%

No comments:

Post a Comment