Sebut saja mengenai emas, semua orang yang waras mengenali emas, logam yang paling berharga ini acap kali di jadi hias kaum hawa malahan pada masa sekarang ada kaum Adam tanpa segan silu menjadikannya sebahagian daripada hiasan mereka, Perlu diingatkan bagi lelaki walaupun memakai Cuma seketika ia tetap berdosa.
Sejarah dunia telah membuktikan ia adalah logam yang amat bernilai, bagi memperoleh emas ada yang sanggup berbunuh- bunuhan malahan ia juga membuktikan emas digunakan bagi menebus kawasan ataupun kota yang ditawan pihak lawan sebagai contoh peperangan yang berlaku sekitar 700sm Raja Yehuda menyerahkan sebanyak 30 talenta emas dan 800 talenta perak kepada Sanherib bagi menebus kota -kota yang ditawan oleh Sanherib
Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa ia tidak akan berkarat. Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan sekarang ini hanya tembaga. Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai kompenannya seperti IC dan juga processor komputer kita tetapi kuantitinya terlalu kecil.
Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi.
Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.
Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emassehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.
Nota; Maaf, saya terlupa haiwan yang bertanggung jawab sebagai pemerhati malaikat ketika di luar syurga semasa ular menelan iblis.
Wallahualam
Wallahualam
sumber: pelbagai.com
Jadi sahabat sekalian, terjawab la sudah..kenapa emas dari dulu..sampai la sekarang, manusia memandang emas tu sebagai sesuatu yg bernilai…
Saya juga ada mendengar suatu ceramah agama, katanya..Emas ni memang suatu yg sangat berharga…hinggakan Syurga pun Allah jadikan dinding2nya dari emas dan perak..bumbungnya pula dari permata..
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Wallahualam..semoga kita dikalangan orang yg beriman..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment